页面

2012年6月14日星期四

PENAKRIFAN SOSIOLOGI SUKAN




PENAKRIFAN SOSIOLOGI SUKAN

OLEH
TAN WEE BENG
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
1 April 2012

PENGENALAN
Selepas perang dunia kedua, sukan kompetitif dan sukan massa berkembang dengan pesat. Fakta-fakta berikut menunjukkan perkembangan sukan dalam pada zaman ini:

Sukan sebagai aktiviti ketamadunan yang aras tinggi kepada manusia, ia mengikuti prinsip-prinsip kemajuan pembangunan dan kemakmuran, telah menunjukkan trend yang mempercepatkan pembangunan sukan, lalu menjadi satu pola budaya manusia yang bebas daripada aktiviti kehidupan harian. Ia menembusi ke dalam setiap ahli masyarakat,dan memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan manusia.

Pada abad ke-20, apa yang dapat kita memerhati adalah, terdapat proses pembangunan sukan yang rumit dan diperluaskan. Fenomena memperluaskan sukan dapat dinyatakan dari aspek-aspek berikut:

1.        Trend pengantarabangsaan dan globalisasi sukan (seperti globalisasi Sukan Olimpik, penyertaan negara-negara dunia ketiga ke atas aktiviti sukan antarabangsa dll)
2.        Kepopularan budaya sukan (seperti populariti pendidikan jasmani, kebangkitan dan kesedaran orang terhadap sukan, gaya hidup sukan diwujudkan dll)
3.        Tahap integrasi yang tinggi antara sukan dan media (seperti kemunculan dan kemakmuran siaran televisyen)
4.        Popularisasi sukan di peringkat masyarakat (seperti peningkatan penduduk yang pesat, kemudahan-kemudahan sukan berasaskan komuniti diperbanyakkan, pengurusan sukan yang sistematik pada persatuan-persatuan sukan)

Manakala, fenomena kerumitan sukan dapat dinyatakan dari aspek-aspek berikut:

1.        Aktiviti-aktiviti ekonomi yang terlibat dalam sukan (seperti pemansuhan prinsip amatur sukan kompetitif, perniagaan dalam sukan, kepantasan tinggi dalam professional sukan, perindustrian sukan diwujudkan)
2.        Fenomena politik dan sosial dalam sukan (seperti sukan adalah sebahagian daripada trend demokratik dan kedamaian pada zaman ini, pada masa yang sama ia juga dijadikan sebagai peralatan perbalahan politik dan dominasi politik)
3.        Kemunculan pelbagai  isu-isu sosial sukan secara meluas (seperti keganasan gelanggang, diskriminasi wanita, diskriminasi kaum, penyalahgunaan dadah haram, rasuah dalam sukan, penembusan kultus dalam sukan dll)

Dengan menghadapi kenyataan-kenyataan di atas, teori-teori tradisional pendidikan sukan dan jasmani tidak dapat menjawab sepenuhnya persoalan isu-isu realiti social sukan. Kemajuan dan kemakmuran sains sosial, digunakan secara meluas amalan social, lalu mewujudkan suasana yang baik untuk kelahiran satu bidang yang baru, iaitu sosiologi sukan (Sociology of Sport).

Sosiologi sukan adalah satu bidang untuk mengkaji fungsi sosial sukan, hukum pembangunan sukan dan perkaitan antara sosial dan sukan. Sosiologi sukan boleh dikatakan sebagai cabang daripada bidang sosiologi. Sejarah perkembangan sosiologi sukan telah hampir seratus tahun. Dalam 20 tahun yang lalu, sosiologi sukan berkembang dengan pesat di negara kita.


DEFINISI SISIOLOGI SUKAN

Terdapat pelbagai pandangan yang berbeza dalam definisi sosiologi sukan. Mengikut Encyclopedia of Sociology, sosiologi sukan adalah “sesuatu sistem masyarakat, menggaji tentang struktur, kandungan, perubahan dan perkembangan berdasarkan sukan. Penyelidik ciri-ciri khas dalam sukan seperti tingkah laku sosial, hubungan sosial dan peranan sosial.” Sugawara Rei, seorang ulama Jepun, berpendapat bahawa, “sosiologi sukan adalah kajian mengenai fakta dan isu-isu berkaitan sukan dari sudut pemandangan sosiologi, supaya sukan dapat rasionalisasi dengan sains.” Dr. David L. Andrews, Ph.D. University of Illinois at Urbana-Champaign menyatakan bahawa “sosiologi sukan adalah merekod, mengkaji fenomena sosial yang berkaitan di antara fungsi sosial sukan dalam sains empirikal.”
(sumber ini diperolehi daripada: http://61.133.8.10:8080/date%5CG%5CA2036405.pdf)

Menurut John HoneybourneMichael Hill and Helen Moors menunjukkan sosiologi sukan adalah “The study of human social behaviour in a sports context.

Menurut Angela Lumpkin, beliau berpendapat bahawa “Sport sociology is the study of social units and processes within the sporting context. This discipline examines the role of sports in human society by seeking to determine why people play and how participation in various physical activities influences them. The sport  sociologist  examines  play, games, sports, recreational activities, and leisure-time pursuits in analyzing the expected outcomes of fun, relaxati.on, self-expression, wish fulfillment, and social interaction. The dynamics of socialization may reveal examples of racial and gender integration, exclusion, affiliation, competition, cooperation, conflict, rivalry, teamwork, and fair play.

Menurut Jay J. Coakley, pula memberikan pendapatnya tentang sosiologi sukan sebagai “Most people in the field would agree that the sociology of sport is a sub discipline of sociology that focuses on the relationship between sport and society. Its major goals are to understand the following:

1.        The relationships between sport and other facets of social life, such as family, education, politics, the economy, and religion.
2.        The social organization, group behavior, and social interaction patterns that exist within all different types of sport settings.
3.        The cultural, structural, and situational factors affecting sport and sport experiences.
4.        The social processes that occur in conjunction with sport, processes such as socialization, competition, cooperation, conflict, social stratification, and social change.

Unlike the psychology of sport, the sociology of sport is not directly concerned with issues related to motivation, perception, cognition, personality, and ships, past social experiences, and the social settings within which the sport activities occur. On a more general level it is concerned with the organization of sport itself and how that organization is created, maintained, and changed by people who have differing interests, opportunities, and resources.

Secara ringkasnya, berikut diterima secara umum bahawa:

1.        Objek kajian sosiologi sukan adalah menyelidik fenomena sosial sukan dengan;

a)        agama
b)        budaya
c)        ekonomi
d)        etnik
e)        gaya hidup
f)          kedudukan wanita
g)        masalah sosial
h)        media massa
i)          mobiliti sosial
j)          pendidikan
k)        pertubuhan sukan
l)          politik
m)      populasi sukan
n)        sains dan teknologi
o)        struktur sosial

2.        Kandungan yang dikaji adalah struktur sukan dan peraturan operasinya dalam sistem masyarakat.
3.        Subjek kajian sosiologi sukan adalah untuk menggalakkan perkembangan sukan dengan sihat, positif dan normal dalam masyarakat secara keseluruhannya.
4.        Sosiologi sukan adalah satu subjek bersifat aplikasi di bawah sosiologi.

Kesimpulnnya, sosiologi sukan adalah  sains sosial yang komprehensif menyelidik fenomena kebudayaan sosial yang selalu mengalami perkembangan dan perubahan dalam sukan. Ia bukan sahaja menyelidik tentang perhubungan di antara sukan dan fenomena sosial, tetapi mengkaji tentang tingkah laku masyarakat di antara manusia dengan sukan, perhubungan konsep sosial, dan struktur, fungsi, dorongan kepada pembangunan dan faktor kekangan dalam sukan, lalu digunakan untuk mempromosi pembangunan sukan dan sosial yang rasional. 








BIBLIOGRAFI

Deborah A. Wuest, Charles A. Bucher (2009). Foundations of physical education, exercise science, and sport, PART 2: Foundations of Physical Education, Exercise Science, and Sport, Sociological Foundations, (Published by McGraw-Hill, an imprint of The McGraw-Hill Companies, Inc) page307

Jay J. Coakley (1986). SPORT IN SOCIETY ISSUES AND CONTROVERSIES, What is the sociology of sport, (TIMES MIRROR/MOSBY COLLEGE PUBLISHING) page 4

John HoneybourneMichael Hill and Helen Moors (1996). ADVANCED PHYSICAL EDUCATION & SPORT, CHAPTER 22: Sport in society, (Stanley Thornes (Publishers) Ltd) page 244

Lumpkin Angela (2005). INTRODUCTION TO PHYSICAL EDUCATION, EXERCISE SCIENCE, AND SPORT STUDIES, SIXTH EDITION, UNIT ONE: PRINCIPLES AND SCOPE OF PHYSICAL EDUCATION, EXERCISE SCIENCE, AND SPORT STUDIES, CHAPTER 2: EXERCISE AND SPORT SCIENCES, Sport Sociology, (Published by McGraw-Hill, a business unit of The McGraw-Hill Companies, Inc) page 58.

2012年5月30日星期三

Proses membangunkan aturcara


Proses membangunkan sesuatu perisian (atau aturcara) melibatkan enam langkah, iaitu:

1.   Memahami kehendak masalah
2.   Menganalisa masalah
3.   Merekabentuk algorithma
4.   Perlaksanaan
5.   Pengujian
6.   Pendokumenan

2012年5月9日星期三

C++

Terlebih dahulu, i nak ucapkan ribu-ribuan terima kasih kepada Pn. Nuzulla... Tanpa pengajaran beliau.... mungkin sampai sekarang i masih tidak tahu apa tu  cout<<"***C++***"; ha!ha!


berikutnya adalah satu aturcara ringkas yang i tulis... so, kawan-kawan berilah sikit komen ok!! taklah komen, nak puji pun boleh!! hi!hi!







#include <iostream.h>
#include <conio.h>


void main()


{
float no1, no2, jum;
        float purata;


   cout<<"\t*****ATURCARA PENGIRAAN MARKAH SEK. TAMAN U*****\n\n\t";


   cout<<"Masukkan markah BAHASA MELAYU: ";
   cin>>no1;
   cout <<"\n\n\t";


   cout<<"Masukkan markah BAHASA INGGERIS: ";
   cin>>no2;
   cout <<"\n\n\t";


   jum = no1+no2;
   purata = jum/2;


   cout<<"CPA semester ini ialah: "<<purata<<endl;


   cout<<"\n\n\tPress any key to end this program";








   getch();
}

2012年5月7日星期一

Hukum Newton ketiga – Hukum Aksi Reaksi


Hukum ini menyatakan bahawa aplikasi sesuatu daya akan diiringi oleh daya reaksi dengan magnitud yang sama tetapi bertindak pada arah yang berlawanan. Konsep yang penting mengenai hukum ini dalam pergerakan ialah daya sentiasa bertindak secara berpasangan, iaitu mengikut konsep aksi-reaksi. Bagi setiap daya aksi yang diaplikasi, akan wujud daya reaksi yang sama sifatnya kecuali daya ini bertindak mengikut arah yang bertentangan.
Aplikasi Hukum ini amat meluas dalam situasi sukan.     
   


Atlet menggunakan blok permulaan (starting block) ketika memulakan lari pecut/renang, daya yang mampu dijana ke hadapan adalah tinggi kerana daya tolakan ke belakang yang dikenakan ke atas blok akan dibalas dengan daya reaksi ke hadapan daripada blok tersebut. Daya reaksi ini masih wujud tanpa menggunakan blok permulaan tetapi tidak optimum. Hal ini demikian, kerana aplikasi daya tolakan ke bumi biasanya tidak setinggi berbanding di blok permulaan.




Dalam aktiviti lompatan pula, ternyata kita mampu melompat lebih tinggi/jauh sekiranya sendi lutut difleksikan ketika melompat. Aksi fleksi lutut ini mengaplikasi tindakan daya ke bumi dan daya reaksi daripada bumi akan bertindak ke atas jasad untuk membantu penjanaan daya yang lebih tinggi ketika melompat.

Hukum Newton Kedua – Hukum Pecutan


Daya berhubung kait positif dengan pecutan. Pecutan ialah daya yang terhasil apabila berlaku perubahan velositi pada jasad yang sedang mengalami pergerakan. Berdasarkan hukum ini, daya dihubungkaitkan dengan kadar perubahan pada momentum jasad.
Momentum merujuk kepada kuantiti mekanikal sesuatu jasad dan dipengaruhi oleh faktor-faktor jisim dan halatuju jasad. Hubung kait ini boleh dinyatakan menerusi persamaan:


Perubahan momentum dalam jasad adalah sama dengan impuls. Impuls ialah panduan antara daya dengan jangkamasa daya tersebut bertindak ke atas jasad. Penghasilan impuls yang tinggi ketika sesuatu tindakan mempengaruhi kualiti pergerakan secara keseluruhan.
Aplikasi Hukum ini dalam sukan adalah berfokus kepada kepantasan aplikasi daya ke atas jasad. Sebagai contoh, sekiranya kita menendang 0.5 kg bola dengan daya setinggi 10 N, daya pecutan yang dihasilkan oleh bola semasa pergerakan ialah 20 m/s. Jika daya yang sama dikenakan ke atas bola yang berjisim 1 kg, pecutannya akan menjadi berkurangan. Berdasarkan hukum ini , jika kita ingin memaksimumkan penghasilan daya, kita perlu melakukan pergerakan dengan pantas kerana situasi ini akan meminimumkan nilai t (kerana masa yang singkat) dan meninggikan nilai v (kerana velositi pergerakan yang laju). Hasilnya ialah nilai F (daya) yang besar.
      


Seorang pemain ais hoki memukul pada canela, pecutannya adalah ditentukan oleh jisim canela dan berapa kuatnya pemain ais hoki itu pukul. (F = ma).
  •        Jika canela itu berat (jisim besar), pecutannya akan berkurang.
  •        Jika pemain ais hoki itu memukul canela dengan kuat (daya besar), pecutannya akan bertambah.


vs
  
 Seorang atlit seberat 70 kg menjalankan latihan larian dengan memakai Weight Vest (4 kg) pada badannya. Daya yang digunakan semasa lariannya ialah 300 N. Selepas satu sesi latihan, prestasi (pecutan) atlit didapati meningkat. Fenomena ini boleh dijelaskan dengan menggunakan Hukum Newton Kedua – Hukum Pecutan.

Dengan weight vest
Tanpa weight vest
F = ma
a = F/m
a = 300 N/74 kg
a = 4.05 m/s2
F = ma
a = F/m
a = 300 N/70 kg
a = 4.29 m/s2

Hukum Newton Pertama – Hukum Inersia


Inersia ialah kuantiti jasad yang mewujudkan rintangan terhadap perubahan pada jasad. Hukum ini menyatakan bahawa jasad yang pegun kekal berada dalam keadaan pegun sehingga terdapat aplikasi daya untuk menggerakkan jasad tersebut.


Bola Snuker (jasad) yang pegun kekal berada dalam keadaan pegun sehingga terdapat cue (aplikasi daya) untuk menggerakkan bola snuker (jasad tersebut).

Sebaliknya, jasad yang bergerak akan kekal begerak sehingga terdapat aplikasi daya untuk menghentikan pergerakan jasad tersebut. Jumlah daya yang perlu untuk mengubah keadaan jasad tersebut adalah berkadar terus dengan jisim jasad yang terlibat.
Bola sepak (jasad) yang bergerak akan kekal begerak sehingga terdapat penjaga gol (aplikasi daya) untuk menghentikan pergerakan bola sepak (jasad tersebut).

Dalam sukan, aplikasi Hukum Inersia adala berkait rapat dengan konsep stabiliti. Bagi sukan yang memerlukan kestabilan tinggi seperti sumo, atlet yang bersaiz besar berpotensi untuk mencapai prestasi tinggi. Hal ini demikian kerana daya yang tinggi diperlukan untuk mengatasi inersia yang tinggi daripada jisim jasad yang besar.
vs
Sebaliknya, bagi sukan-sukan yang memerlukan pergerakan lincah dan perubahan arah seperti gimnastik, atlet berbadan kecil lebih berpotensi mencapai prestasi tinggi kerana hanya sedikit sahaja daya yang diperlukan untuk mengatasi inersia yang rendah daripada jisim jasad yang kecil.