页面

2012年5月7日星期一

Hukum Newton ketiga – Hukum Aksi Reaksi


Hukum ini menyatakan bahawa aplikasi sesuatu daya akan diiringi oleh daya reaksi dengan magnitud yang sama tetapi bertindak pada arah yang berlawanan. Konsep yang penting mengenai hukum ini dalam pergerakan ialah daya sentiasa bertindak secara berpasangan, iaitu mengikut konsep aksi-reaksi. Bagi setiap daya aksi yang diaplikasi, akan wujud daya reaksi yang sama sifatnya kecuali daya ini bertindak mengikut arah yang bertentangan.
Aplikasi Hukum ini amat meluas dalam situasi sukan.     
   


Atlet menggunakan blok permulaan (starting block) ketika memulakan lari pecut/renang, daya yang mampu dijana ke hadapan adalah tinggi kerana daya tolakan ke belakang yang dikenakan ke atas blok akan dibalas dengan daya reaksi ke hadapan daripada blok tersebut. Daya reaksi ini masih wujud tanpa menggunakan blok permulaan tetapi tidak optimum. Hal ini demikian, kerana aplikasi daya tolakan ke bumi biasanya tidak setinggi berbanding di blok permulaan.




Dalam aktiviti lompatan pula, ternyata kita mampu melompat lebih tinggi/jauh sekiranya sendi lutut difleksikan ketika melompat. Aksi fleksi lutut ini mengaplikasi tindakan daya ke bumi dan daya reaksi daripada bumi akan bertindak ke atas jasad untuk membantu penjanaan daya yang lebih tinggi ketika melompat.

没有评论:

发表评论