页面

2012年5月7日星期一

Hukum Newton Kedua – Hukum Pecutan


Daya berhubung kait positif dengan pecutan. Pecutan ialah daya yang terhasil apabila berlaku perubahan velositi pada jasad yang sedang mengalami pergerakan. Berdasarkan hukum ini, daya dihubungkaitkan dengan kadar perubahan pada momentum jasad.
Momentum merujuk kepada kuantiti mekanikal sesuatu jasad dan dipengaruhi oleh faktor-faktor jisim dan halatuju jasad. Hubung kait ini boleh dinyatakan menerusi persamaan:


Perubahan momentum dalam jasad adalah sama dengan impuls. Impuls ialah panduan antara daya dengan jangkamasa daya tersebut bertindak ke atas jasad. Penghasilan impuls yang tinggi ketika sesuatu tindakan mempengaruhi kualiti pergerakan secara keseluruhan.
Aplikasi Hukum ini dalam sukan adalah berfokus kepada kepantasan aplikasi daya ke atas jasad. Sebagai contoh, sekiranya kita menendang 0.5 kg bola dengan daya setinggi 10 N, daya pecutan yang dihasilkan oleh bola semasa pergerakan ialah 20 m/s. Jika daya yang sama dikenakan ke atas bola yang berjisim 1 kg, pecutannya akan menjadi berkurangan. Berdasarkan hukum ini , jika kita ingin memaksimumkan penghasilan daya, kita perlu melakukan pergerakan dengan pantas kerana situasi ini akan meminimumkan nilai t (kerana masa yang singkat) dan meninggikan nilai v (kerana velositi pergerakan yang laju). Hasilnya ialah nilai F (daya) yang besar.
      


Seorang pemain ais hoki memukul pada canela, pecutannya adalah ditentukan oleh jisim canela dan berapa kuatnya pemain ais hoki itu pukul. (F = ma).
  •        Jika canela itu berat (jisim besar), pecutannya akan berkurang.
  •        Jika pemain ais hoki itu memukul canela dengan kuat (daya besar), pecutannya akan bertambah.


vs
  
 Seorang atlit seberat 70 kg menjalankan latihan larian dengan memakai Weight Vest (4 kg) pada badannya. Daya yang digunakan semasa lariannya ialah 300 N. Selepas satu sesi latihan, prestasi (pecutan) atlit didapati meningkat. Fenomena ini boleh dijelaskan dengan menggunakan Hukum Newton Kedua – Hukum Pecutan.

Dengan weight vest
Tanpa weight vest
F = ma
a = F/m
a = 300 N/74 kg
a = 4.05 m/s2
F = ma
a = F/m
a = 300 N/70 kg
a = 4.29 m/s2

没有评论:

发表评论