Inersia ialah kuantiti jasad yang mewujudkan rintangan terhadap perubahan
pada jasad. Hukum ini menyatakan bahawa jasad yang pegun kekal berada dalam
keadaan pegun sehingga terdapat aplikasi daya untuk menggerakkan jasad tersebut.
Bola Snuker (jasad) yang pegun kekal berada dalam keadaan pegun
sehingga terdapat cue (aplikasi daya)
untuk menggerakkan bola snuker
(jasad tersebut).
Sebaliknya, jasad yang bergerak akan kekal begerak sehingga terdapat
aplikasi daya untuk menghentikan pergerakan jasad tersebut. Jumlah daya yang
perlu untuk mengubah keadaan jasad tersebut adalah berkadar terus dengan jisim
jasad yang terlibat.
Bola sepak (jasad) yang bergerak akan kekal begerak sehingga
terdapat penjaga gol (aplikasi daya)
untuk menghentikan pergerakan bola sepak
(jasad tersebut).
Dalam sukan, aplikasi Hukum Inersia adala berkait rapat dengan konsep
stabiliti. Bagi sukan yang memerlukan kestabilan tinggi seperti sumo, atlet
yang bersaiz besar berpotensi untuk mencapai prestasi tinggi. Hal ini demikian
kerana daya yang tinggi diperlukan untuk mengatasi inersia yang tinggi daripada
jisim jasad yang besar.
vs
Sebaliknya, bagi sukan-sukan yang memerlukan pergerakan lincah dan
perubahan arah seperti gimnastik, atlet berbadan kecil lebih berpotensi
mencapai prestasi tinggi kerana hanya sedikit sahaja daya yang diperlukan untuk
mengatasi inersia yang rendah daripada jisim jasad yang kecil.
没有评论:
发表评论