PENAKRIFAN SOSIOLOGI SUKAN
OLEH
TAN WEE BENG
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
1 April 2012
PENGENALAN
Selepas perang dunia kedua, sukan
kompetitif dan sukan massa berkembang dengan pesat. Fakta-fakta berikut
menunjukkan perkembangan sukan dalam pada zaman ini:
Sukan sebagai aktiviti
ketamadunan yang aras tinggi kepada manusia, ia mengikuti prinsip-prinsip
kemajuan pembangunan dan kemakmuran, telah menunjukkan trend yang mempercepatkan
pembangunan sukan, lalu menjadi satu pola budaya manusia yang bebas daripada
aktiviti kehidupan harian. Ia menembusi ke dalam setiap ahli
masyarakat,dan memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan manusia.
Pada abad ke-20, apa yang dapat
kita memerhati adalah, terdapat proses pembangunan sukan yang rumit dan diperluaskan.
Fenomena memperluaskan sukan dapat dinyatakan dari aspek-aspek berikut:
1.
Trend pengantarabangsaan dan globalisasi sukan (seperti globalisasi Sukan
Olimpik, penyertaan negara-negara dunia ketiga ke atas aktiviti sukan antarabangsa
dll)
2.
Kepopularan budaya sukan (seperti populariti pendidikan
jasmani, kebangkitan dan kesedaran orang terhadap
sukan, gaya hidup sukan diwujudkan dll)
3.
Tahap integrasi yang tinggi antara sukan dan media (seperti
kemunculan dan kemakmuran siaran televisyen)
4.
Popularisasi sukan di peringkat masyarakat (seperti peningkatan penduduk
yang pesat, kemudahan-kemudahan sukan berasaskan komuniti diperbanyakkan,
pengurusan sukan yang sistematik pada persatuan-persatuan sukan)
Manakala, fenomena kerumitan
sukan dapat dinyatakan dari aspek-aspek berikut:
1.
Aktiviti-aktiviti ekonomi yang terlibat dalam sukan (seperti pemansuhan prinsip amatur
sukan kompetitif, perniagaan dalam sukan, kepantasan tinggi dalam professional
sukan, perindustrian sukan diwujudkan)
2.
Fenomena politik dan sosial dalam sukan (seperti sukan adalah sebahagian
daripada trend demokratik dan kedamaian pada zaman ini, pada masa yang
sama ia juga dijadikan sebagai peralatan perbalahan
politik dan dominasi politik)
3.
Kemunculan pelbagai isu-isu sosial sukan secara meluas (seperti keganasan
gelanggang, diskriminasi wanita, diskriminasi kaum,
penyalahgunaan dadah haram, rasuah dalam sukan, penembusan kultus dalam
sukan dll)
Dengan menghadapi
kenyataan-kenyataan di atas, teori-teori tradisional pendidikan sukan dan
jasmani tidak dapat menjawab sepenuhnya persoalan isu-isu
realiti social sukan. Kemajuan
dan kemakmuran sains sosial, digunakan secara
meluas amalan social, lalu mewujudkan suasana yang baik
untuk kelahiran satu bidang yang baru, iaitu sosiologi sukan
(Sociology of Sport).
Sosiologi sukan adalah satu
bidang untuk mengkaji fungsi sosial sukan, hukum pembangunan sukan dan perkaitan
antara sosial dan sukan. Sosiologi sukan boleh dikatakan sebagai cabang
daripada bidang sosiologi. Sejarah perkembangan sosiologi sukan telah hampir
seratus tahun. Dalam 20 tahun yang lalu, sosiologi sukan berkembang dengan
pesat di negara kita.
DEFINISI SISIOLOGI SUKAN
Terdapat pelbagai pandangan yang
berbeza dalam definisi sosiologi sukan. Mengikut Encyclopedia of Sociology, sosiologi
sukan adalah “sesuatu sistem masyarakat,
menggaji tentang struktur, kandungan, perubahan dan perkembangan berdasarkan
sukan. Penyelidik ciri-ciri khas dalam sukan seperti tingkah laku sosial, hubungan
sosial dan peranan sosial.” Sugawara Rei, seorang ulama Jepun, berpendapat
bahawa, “sosiologi sukan adalah kajian
mengenai fakta dan isu-isu berkaitan sukan dari sudut pemandangan sosiologi,
supaya sukan dapat rasionalisasi dengan sains.” Dr. David L. Andrews, Ph.D.
University of Illinois at Urbana-Champaign menyatakan bahawa “sosiologi sukan adalah merekod, mengkaji fenomena
sosial yang berkaitan di antara fungsi sosial sukan
dalam sains empirikal.”
(sumber ini diperolehi daripada: http://61.133.8.10:8080/date%5CG%5CA2036405.pdf)
Menurut John Honeybourne,Michael Hill and Helen Moors menunjukkan sosiologi sukan adalah “The study of human social behaviour in a sports context.”
Menurut Angela Lumpkin, beliau berpendapat bahawa “Sport sociology is the
study of social units and processes within the sporting context. This
discipline examines the role of sports in human society by seeking to determine
why people play and how participation in various physical activities influences
them. The sport sociologist examines
play, games, sports, recreational activities, and leisure-time pursuits
in analyzing the expected outcomes of fun, relaxati.on, self-expression, wish
fulfillment, and social interaction. The dynamics of socialization may reveal
examples of racial and gender integration, exclusion, affiliation, competition,
cooperation, conflict, rivalry, teamwork, and fair play.”
Menurut Jay J. Coakley, pula memberikan pendapatnya tentang sosiologi sukan
sebagai “Most
people in the field would agree that the sociology of sport is a sub discipline
of sociology that focuses on the relationship between sport and society. Its
major goals are to understand the following:
1.
The relationships between sport and other facets of social
life, such as family, education, politics, the economy, and religion.
2.
The social organization, group behavior, and social interaction
patterns that exist within all different types of sport settings.
3.
The cultural, structural, and situational factors affecting
sport and sport experiences.
4.
The social processes that occur in conjunction with sport,
processes such as socialization, competition, cooperation, conflict, social
stratification, and social change.
Unlike the psychology of sport, the sociology of sport is not
directly concerned with issues related to motivation, perception, cognition,
personality, and ships, past social experiences, and the social settings within
which the sport activities occur. On a more general level it is concerned with
the organization of sport itself and how that organization is created,
maintained, and changed by people who have differing interests, opportunities,
and resources.”
Secara
ringkasnya, berikut diterima secara umum bahawa:
1.
Objek kajian sosiologi sukan adalah menyelidik fenomena sosial sukan dengan;
a)
agama
b)
budaya
c)
ekonomi
d)
etnik
e)
gaya hidup
f)
kedudukan wanita
g)
masalah sosial
h)
media massa
i)
mobiliti sosial
j)
pendidikan
k)
pertubuhan sukan
l)
politik
m) populasi sukan
n)
sains dan teknologi
o)
struktur sosial
2.
Kandungan yang dikaji adalah struktur sukan dan peraturan operasinya
dalam sistem masyarakat.
3.
Subjek kajian sosiologi sukan adalah untuk menggalakkan perkembangan sukan
dengan sihat, positif dan normal dalam masyarakat secara keseluruhannya.
4.
Sosiologi sukan adalah satu subjek bersifat aplikasi di bawah sosiologi.
Kesimpulnnya, sosiologi sukan adalah
sains sosial yang komprehensif menyelidik fenomena kebudayaan sosial
yang selalu mengalami perkembangan dan perubahan dalam sukan. Ia bukan sahaja
menyelidik tentang perhubungan di antara sukan dan fenomena sosial, tetapi
mengkaji tentang tingkah laku masyarakat di antara manusia dengan sukan, perhubungan
konsep sosial, dan struktur, fungsi, dorongan kepada pembangunan dan faktor
kekangan dalam sukan, lalu digunakan untuk mempromosi pembangunan sukan
dan sosial yang rasional.
BIBLIOGRAFI
Deborah
A. Wuest, Charles A. Bucher (2009). Foundations
of physical education, exercise science, and sport, PART 2: Foundations of
Physical Education, Exercise Science, and Sport, Sociological Foundations,
(Published by McGraw-Hill, an imprint of The McGraw-Hill Companies, Inc) page307
Jay
J. Coakley (1986). SPORT IN SOCIETY
ISSUES AND CONTROVERSIES, What is the sociology of sport, (TIMES
MIRROR/MOSBY COLLEGE PUBLISHING) page 4
John
Honeybourne,Michael Hill and Helen Moors (1996). ADVANCED PHYSICAL EDUCATION &
SPORT,
CHAPTER 22: Sport in society, (Stanley Thornes
(Publishers) Ltd) page 244
Lumpkin
Angela (2005). INTRODUCTION TO PHYSICAL
EDUCATION, EXERCISE SCIENCE, AND SPORT STUDIES, SIXTH EDITION, UNIT ONE:
PRINCIPLES AND SCOPE OF PHYSICAL EDUCATION, EXERCISE SCIENCE, AND SPORT STUDIES,
CHAPTER 2: EXERCISE AND SPORT SCIENCES, Sport Sociology, (Published by
McGraw-Hill, a business unit of The McGraw-Hill Companies, Inc) page 58.
没有评论:
发表评论